Saturday, 23 June 2012
Surat Kepada mu..
Assalamualaikum pemilik tulang rusukku..
Surat ini aku tujukan kepada mu yang bakal bersatu dengan ku.. Surat aku tuliskan sebagai luahan rasa syukur ku..
Wahai pemilik tulang rusukku..
Sesungguhnya Allah Maha Kaya.. ditakdirkan kita untuk berjumpa... ditakdirkan kita untuk berkawan.. Namun tidak pula dikhabar kepada ku bahawa engkau pemilik tulang rusukku.. Sehingga aku memohon petunjuk kepada-Nya... Benar bak kata kitab lama, "Cari tak jumpa, jumpa tak kenal, kenal tak boleh buat apa"... Sudah lama saya mencari pemilik tulang rusuk saya... walaupun di depan mata, saya masih tidak mengenali awak... dan pabila saya tahu awak pemilik tulang rusuk saya, hanya ungkapan "Alhamdulillah" yang terungkap...
Wahai pemilik tulang rusukku...
Aku bersyukur kepada Allah kerana engkau bakal akan 'kembali menjadi tulang rusukku'... yang menenangkan ku dikala resah... yang membantuku dikala sukar.. yang menjadi ibu kepada zuriatku.. yang menjadi bidadari ku di dalam syurga...inysa Allah...
Wahai pemilik tulang rusukku..
Aku akan berusaha mencari ilmu melengkapkan diriku untuk menjadi imam mu.. menjadi ketua mu... menjadi suami mu... Janganlah engkau mengalah dengan kekurangan ku.. Sedarkan aku akan kekuranganku..
Wahai pemilik tulang rusukku..
Terima kasih kerana sudi menerima lamaranku... Terima kasih kerana sudi menerima ku dalam hidupmu..
Terima kasih kerana sudi berkongsi suka duka bersama ku.. Akan ku redha hidup mu agar engkau menjadi ketua bidadari di dalam syurga bersama ku wahai pemilik tulang rusukku... insya Allah....
Subscribe to:
Posts (Atom)